Monday, February 16, 2009

UMNO TAKUT HUDUD?

1) Hudud sejak kebelakangan ini tiba-tiba menjadi popular pula.
namun sehinga ke hari ini hanya PAS sahaja yang melaungkan akan melaksanakan Hukum Hudud dengan alasan ia merupakan perintah Allah dan dinyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran.
menurut semua pandangan ulama, memang Hukum Hudud ini adalah suatu kewajipan yang perlu di laksanakan oleh semua orang Islam.

2) PAS seolah-olah mengaut keuntungan besar dengan menjual agenda Hudud ini. sasaran utama yang amat kuat termakan dengan modal Hudud PAS ialah orang Melayu yang masih kuat dengan fahaman agama.

3) Berdasarkan kepada pengalaman saya memang agak sukar untuk berdebat mengenai isu Hudud ini. namun sampai sekarang tiada seorang pun dari kalangan Pemimpin Umno yang bersuara akan melaksanakan Hukum Hudud.kenapa?

4) Sekiranya Umno menggunakan pendekatan PAS dan berjanji akan melaksanakan Hukum Hudud saya pasti orang-orang Melayu akan kembali memberikan sokongan kepada Umno

5) walaubagaimanapun segala-galanya tetap bergantung kepada pemimpin-pemimpin Umno kita..

6) Apakah kita takut kepada Hudud, jika ya , kenapa.. apakah kita akan kerugian sekiranya Kita melaksanakan Hudud...

No comments:

Post a Comment