melihat artickle terbaru dalam blog che det, memang meranapkan hati pejuang2 umno..
di saat umno berhadapan ujian yang hebat sepanjang usia nya tiba2 kenyataan dari Tun Dr.Mahathir seolah-olah menikam dari belakang
bagaimana orang akan hormat kepada Umno sekiranya bekas Perdana Menteri yang dahulu adalah Presiden Umno sendiri menghentam Pimpinan Umno sekrang. berikut kenyataan dari blog Chedet,,
TIMAH BUKAN PERAK
1. Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.
2. Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.
3. Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.

5. Dimana pula tempat duduk YAB Zambry? Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah YAB Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat YAB Zambry daripada berada dalam Dewan.
6. Bersama-samalah kita rakyat lihat akan peristiwa yang akan berlaku.
mungkin apa yang di cakapkan oleh Tun ada kebenaran namun saya berpendapat bukan begitu caranya..
memang benar Timah Bukan Perak, tapi PERAK kena lah jadi PERAK, mengaku jadi PERAK, BANTU PERAK, Bukan nak jadi Timah dan
No comments:
Post a Comment