Tuesday, February 17, 2009

Khairy Paling Tak Popular Hujah TV 9

Khairy langsung tidak mendapat tepukan daripada penonton. daripada pemerhatian saya semasa forum Hujah di TV 9 yang di pengerusikan oleh Prof Agus ternyata Khairy paling kurang mendapat sokongan daripada tetamu yang hadir yang ingin melihat bakal ketua Pemuda Umno Malaysia yang akan di pilih semasa persidangan Umno bulan Mac nanti.

berdasarkan hujah dan fakta serta pandangan yang dilontarkan juga menunjukkan bahawa pandangan Khairy adalah tidak popular dan sering tersasar daripada menjawab soalan daripada Prof Agus.

Pada pusingan yang pertama seolah-olah dapat dilihat bahawa Dato Khir dan Mukhriz sependapat dan menghentam Khairy. ini dapat dilihat apabila soalan yang di tanya berkenaan punya kelemahan Umno mutakhir ini. mukhriz dan Khir sependapat ia nya berpunca daripada kepimpinan tertinggi Umno sekarang sama ada sengaja atau pun tidak pandangan tersebut memang di tujukan kepada Pak Lah.

Khairy dengan penampilan yang agak serabai dengan rambut tidak berapa terurus dan sekali sekala hanya mampu tersengeh apabila terkena hujah sinis lagi pedas daripada Khir dan Mukhriz

kalau di tengok daripada kesungguhan untuk menyertai debat umum telah maklum bahawa khairy pernah melontarkan pandangan agar calon ketua pemuda Umno mengadakan debat secara terbuka bagi memberi peluang kepada rakyat untuk memilih siapa pemimpin yang paling layak untuk dipilih sebagai ketua Pergerakan Pemuda Umno pada Mac nanti

secara keseluruhannya berdasarkan pemerhatian boleh dikatakan khir lebih terkedepan dalam memberikan pandangan, dan Mukhriz agak tengelam sedikit namun Khairy paling tidak memuaskan dan kurang mendapat sambutan.

2 comments:

  1. Setakat ini, belum nampak lagi pemimpin pergerakkan pemuda yg benar-benar mempunyai kredibiliti dan karisma utk membangunkan pergerakkan serta memartabatkan hak melayu. Yg ada hanyalah mereka yg hanya bersuara bila ada kepentingan peribadi.

    Pandangan mereka lebih kepada menyokong pendapat popular dan mereka tidak berani keluar dari kotak pemikiran tradisi. pemuda mesti berani melakukan revolusi demi survival parti, bangsa dan agama. Jgn takut mengeluarkan serta melakukan pendekatan radikal asalkan martabatagama dan bangsa dpt dipertahankan.

    Sekiranya perkara sebegini berlarutan, maka, melayu akan kehilangan taringnya dan keris kehilangan bisanya. semoga semua peringkat tertinggi parti mencari penyelesaian dan calon utk di latih, dan dididik bagi mengambilalih pucuk pimpinan parti suatu ketika nanti.

    ReplyDelete
  2. sayang seribu kali sayang

    sayang sarawak seribu kali sayang sarawak..

    ReplyDelete