Sunday, June 21, 2009

UMNO DAN PERPADUAN

Sekarang memang heboh wah sudah gempak yop.. betulkah kerajaan perpaduan benar-benar akan dilakukan

Isu perpaduan adalah isu agama dan bangsa Melayu,,jadi penegasan yang sangat jujur perlu ada dari kedua-dua pihak..

Apakah isu ini hanya lah politik semata-mata,,

satu persoalan adakah Umno memang serius nak bergabung dengan PAS..

Tuesday, May 5, 2009

PAS PEMPINAN BERSAMA ULAMA VS UMNO KEPIMPINAN BERSAMA ??

dalam usha umno hendak kembali menambat hati rakyat, umum dah maklum Umno memang kena buat sesuat.
paling ketara dan kita kena tegaskan kepimpinan yang macam mana yang inggin di perjuangkan oleh Umno.

Ya PAS dengan slogan kepimpinan ulama telah berjaya menarik golongan yang berpegang kuat kepada ajaran agama,

Demi untuk menarik kembali pengaruh Umno, umno kena mempunyai sasarannya sendiri supaya lebih tertumpu dan praktikal dalam usha nak menyelamatkan Umno..

slogan satu Malaysia, yang jelas memang kurang diminati oleh orang Melayu.
jadi kemana pergi perjuangan Umno yang dulu..

Tuesday, March 17, 2009

UMNO MENGHANCURKAN UMNO
















Ali Rustam, telah disabit menggunakan wang dalam kempin pemilihan jawatan Timbalan Presiden Umno pada bulan mac ni.






sekali lagi ada suara yang tidak puas hati dengan permainan lembaga displin Umno ini. ramai yang mengatakan ia digunakan sepenuhnya oleh team Najib supaya impian Najib menjadi Presiden terealisasi.....namun segalanya bermula dengan perancangan dan berklimex dengan pergaduhan dalaman serta terpamirlah mangsa-mangsa kambing hitam dalam menjayakan perancangan dalaman si perakus memburu cita-cita di dalam politik UMNO.....






kali ini ahli lembaga penasihan UMNO cuba dipertikai kredibilitinya setelah keputusannya terhadap Ali Rostam dan Khairi cuba disanggah dan kritik. malah ada yang mencadangkan supaya lembaga penasihat parti ini di mansuhkan.......kedudukan paksi kekuatan UMNO sedang dirobek dan dicantas oleh UMNO sendiri tetapi ttep menzahirkan kesatuan di depan kaca TV....






ahli UMNO perlu mendalami setiap yang terjadi






jangan kita dipijak oleh rakan sendiri






malah dicabul melalui belakang oeh pemimpin sendiri.

Friday, February 27, 2009

UMNO DAN PERJUANGAN KU

Perjuangan ku adalah UMNO

SEMANGAT KU dari Umno

jiwaku telah sebati dengan perjuangan bangsa ku

Tanah air ku Umno yang aman

pakaian ku pemimpin UMNO yang ikhlas dan tidak rasuah

kenderaan ku para sahabat seperjuangan yang mencintai UMNO dengan hati dan tulus dan ikhlas

tapi seringkali ku terfikir,, sekiraNYA petugas petugas UMNO tidak diberikan ganjaran adakah mereka akan terus memperjuangkan UMNO ,,

bila difikir buat hati ku jadi runsing kerana semua pejuang dan petugas UMNO mengharapkan ganjaran.. kalu tak di hulur kerja tak berjalan,,,

macam mana nak perjuangkan UMNO dulu kini dan selamanya

fikir-sejenak...

Monday, February 23, 2009

UMNO AKAN DI TERTAWAKAN: MAHATHIR VS PAK LAH SAPA UNTUNG










melihat artickle terbaru dalam blog che det, memang meranapkan hati pejuang2 umno..
di saat umno berhadapan ujian yang hebat sepanjang usia nya tiba2 kenyataan dari Tun Dr.Mahathir seolah-olah menikam dari belakang
bagaimana orang akan hormat kepada Umno sekiranya bekas Perdana Menteri yang dahulu adalah Presiden Umno sendiri menghentam Pimpinan Umno sekrang. berikut kenyataan dari blog Chedet,,

TIMAH BUKAN PERAK

1. Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

2. Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.

3. Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.

4. Sekarang dilaporkan yang Dr Zambry akan hadir sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Yang Amat Berhormat Dr Zambry dari Dewan. Dapatkah pegawai berkenaan yang bukan terdiri daripada parti Pakatan Rakyat berbuat demikian?


5. Dimana pula tempat duduk YAB Zambry? Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah YAB Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat YAB Zambry daripada berada dalam Dewan.

6. Bersama-samalah kita rakyat lihat akan peristiwa yang akan berlaku.



mungkin apa yang di cakapkan oleh Tun ada kebenaran namun saya berpendapat bukan begitu caranya..

memang benar Timah Bukan Perak, tapi PERAK kena lah jadi PERAK, mengaku jadi PERAK, BANTU PERAK, Bukan nak jadi Timah dan

Tuesday, February 17, 2009

Khairy Paling Tak Popular Hujah TV 9

Khairy langsung tidak mendapat tepukan daripada penonton. daripada pemerhatian saya semasa forum Hujah di TV 9 yang di pengerusikan oleh Prof Agus ternyata Khairy paling kurang mendapat sokongan daripada tetamu yang hadir yang ingin melihat bakal ketua Pemuda Umno Malaysia yang akan di pilih semasa persidangan Umno bulan Mac nanti.

berdasarkan hujah dan fakta serta pandangan yang dilontarkan juga menunjukkan bahawa pandangan Khairy adalah tidak popular dan sering tersasar daripada menjawab soalan daripada Prof Agus.

Pada pusingan yang pertama seolah-olah dapat dilihat bahawa Dato Khir dan Mukhriz sependapat dan menghentam Khairy. ini dapat dilihat apabila soalan yang di tanya berkenaan punya kelemahan Umno mutakhir ini. mukhriz dan Khir sependapat ia nya berpunca daripada kepimpinan tertinggi Umno sekarang sama ada sengaja atau pun tidak pandangan tersebut memang di tujukan kepada Pak Lah.

Khairy dengan penampilan yang agak serabai dengan rambut tidak berapa terurus dan sekali sekala hanya mampu tersengeh apabila terkena hujah sinis lagi pedas daripada Khir dan Mukhriz

kalau di tengok daripada kesungguhan untuk menyertai debat umum telah maklum bahawa khairy pernah melontarkan pandangan agar calon ketua pemuda Umno mengadakan debat secara terbuka bagi memberi peluang kepada rakyat untuk memilih siapa pemimpin yang paling layak untuk dipilih sebagai ketua Pergerakan Pemuda Umno pada Mac nanti

secara keseluruhannya berdasarkan pemerhatian boleh dikatakan khir lebih terkedepan dalam memberikan pandangan, dan Mukhriz agak tengelam sedikit namun Khairy paling tidak memuaskan dan kurang mendapat sambutan.

Tee Keat: Drop quotas

Tee Keat: Drop quotas to survive

February 17, 2009 by admin

PORT DICKSON: Local industries should not be subjected to a “quota-centric” system if they want to survive globalisation, says MCA president Datuk Seri Ong Tee Keat.

Ong said the time had come for industries to be independent of a system that had become regressive.

“The liberalisation of the services sector will test the resilience of Malaysian companies. But we still have people talking about the New Economic Policy and the 30% quota (that should be reserved for the Bumiputra in local non-Bumiputra companies),” he said.

“We need to remind ourselves that we are signatories to the World Trade Organisation and the Asean framework (on liberalisation) and if we continue to burden our local companies, then they would not be able to compete with the others.”

He was speaking to reporters at a dinner organised by the Negri Sembilan MCA in Bandar Springhill near here.

Ong said it was his duty to remind the people on the effects of globalisation and how local companies would be affected if no effort was taken to allow them to compete freely.

He said the days when local companies were competing only against themselves or could expect some form of protectionism from the authorities were gone.

“We need to ask ourselves how resilient our companies are. I don’t want to see the minds of our people being shackled by this so-called quota-centric system,” he said.

“Whatever we do, we must form a new mindset,” he said, adding that he would soon have dialogues with other government leaders on the need to abolish such “unworkable” systems.

“Today, we want our companies to be able to go beyond our shores and make their presence felt. In this globalisation era, it is the resilience that counts,” he said.

Ong said that when he first spoke about globalisation back in 1997, many people were unable to make out the challenges that it would bring along.

“Today, we need to do away with this (quota system). We need to be a little provocative to get the message across,” he said.

“Only the quota-centric people are going to develop a phobia,” he said.

Ong added that what he said on the need to do away with a quota system in business was not merely a pep talk, and that he would have voiced his concern on the system irrespective of where he was.

“As Transport Minister, I will talk to people in the transport industry to be more competitive,” he said.

On a separate matter, Ong said the MCA’s central committee at its meeting on Sunday had endorsed Negri Sembilan state chief Datuk Dr Yeow Chai Tiam as senator.

Mukhriz Lembik, Khairy Samseng,Khir Penyapu ? Jadi, siapa ?

Mukhriz terkeluar dari landasan persaingan Ketua Pemuda

February 17, 2009 by di ambil dari kelab penyokong umno maya

Pembabitan Tun Mahathir mencampuri pemilihan Ketua Pemuda UMNO bertambah teruk dan lupa kepada hukum alam dan hukum kehidupan bahawa setiap yang datang ke dunia ini akan tetap kembali. Tun seolah-olah tidak merasakan bahawa waktu itu akan datang melamarnya dan masih sibuk menghabiskan sisa peluang untuk dekat kepada Allah SWT pada sisa waktu yang tinggal.

Masih mahu memburukkan insan tertentu bagi memastikan anak dan generasi beliau berada dalam kepimpinan kerajaan, jika ini pilihan beliau tidak siapa yang dapat menghalang. Namun hanya sekadar teguran kepada orang yang pernah kita hormati dan sayangi.

Seperti tulisan terbaru MSO yang bertajuk UMNO, Mahathir dan ular tedung beliau telah mengulas bagaimana Tun menjadi ular tedung membunuh semua musuh beliau dengan kaedah yang sama tidak kira yang kecil mahupun yang besar. Beliau juga menulis bagaimana Tun telah membunuh kerjaya, Tengku Abdul Rahman, Tun Hussein On, Anwar Ibrahim dan yang terbaru Perdana Menteri Malaysia yang sedia ada, Pak Lah. Tidak cukup dengan akuan Pak Lah untuk melepaskan jawatan Mac ini. Tun terus mengasak Pak Lah dan seolah-olah mahu melihat Pak Lah benar-benar telah meletakan jawatan barulah beliau mempercayainya.

Kini sasaran Tun adalah, Naib Ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Khairy mesti dicincang dan tempatnya mesti digantikan dengan anak beliau Mukhriz Tun Mahathir. Tun mahu memaksa perwakilan untuk memartabatkan Mukhriz di kerusi Ketua Pemuda UMNO walaupun penglibatan Mukhriz dalam UMNO hanya baru setahun jagung dan Mukhriz juga tidaklah sama seperti Tun yang punyai daya pemikiran yang pintar dalam segala espek. Mukhriz anak lembab yang mana ketika Tun menjadi PM, Mukhriz adalah enjin penyedut untuk keluarga Tun di mana Mukhriz akan sedut apa yang boleh disedut untuk kekayaan keluarga.

Mukhriz bukan tidak dibenarkan berpolitik, cukuplah Tun berpolitik pada masa itu, yang lain buatlah kerja yang boleh mendapat keuntungan dari Tun. Namun itu juga merupakan satu kesilapan besar Tun yang sering kita ketahui sering membuat keputusan dan kesilapan yang besar. Sepatutnya Tun telah meletakan anaknya pada satu tempat yang selesa ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan beliau tidak perlu membuat dosa menabur fitnah dan memburukan menantu dan anak orang pada saat beliau sepatutnya berehat bermain dengan anak cucu.

Sebenarnya Mukhriz tidak hebat, Mukhriz tidak layak untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO. Tun sendiri tahu akan keadaan ini. Jika tidak masakan Tun terpaksa berhempas pulas melonjakan nama Mukhriz bagi menyaingi dua calon lagi Dr Khir Toyo dan juga Khairy Jamaluddin. Jika dibandingkan antara tiga tokoh ini, Mukhriz nampak lembab dan sentiasa blurr, tidak nampak hala tuju politik dan tidak tahu apa yang mahu dilakukan melainkan Tun terpaksa mengetuk beliau sepanjang masa. Mukhriz juga pernah tewas ketika merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO di bahagian beliau (Kubang Pasu) tanpa pertolongan Tun. Nyata Mukhriz hanya hidup dalam politik dibawah bibir Tun Mahathir. Sebagai anak jantan, Mukhriz kurang kejantanannya menghadapi pemilihan ini sendiri.

Dalam tulisan terbaru Tun menyerang Khairy Jamaluddin yang menuduh budak-budak tingkat 4 menasihati Pak Lah agar jangan berundur ditulis secara positif sekali sedangkan perkara ini tidak berlaku. Tun telah membuatnya sebagai satu isu besar yang seolah-olah perkara ini berlaku bagi mengaitkan Khairy Jamaluddin masih bernaung di bawah pengaruh Pak Lah. Tun sedar dan sangkaan Tun bahawa Khairy akan menjadi lemah setelah Pak Lah mengumumkana akan membuat perlaihan kuasa pada Mac ini meleset. Tun sedar bahawa Khairy sekarang bergerak atas kepintaran dan usaha belaiu sendiri. Tun tahu bahawa semua orang tahu bahawa Khairy sekarang bertanding kerusi Ketua Pemuda UMNO atas landasan beliau sendiri dan Mukhriz sebenarnya tidak mampu bersaing dalam pemilihan ini.

Buktinya, Tun telah menyerang Khir Toyo dengan isu rasuah, kerana Khir telah nampak bahawa lonjakan persaingan adalah antara Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin dan Mukhriz kini berada jauh dari gelanggang persaingan walaupun beliau mendapat pencalonan tertinggi. Pencalonan tertinggi tidak bermakna beliau akan mendapat sokongan pengundian kerana pencalonan dibuat atas hormat kepada Tun dan hormat kepada agen-agen Mukhriz yang telah berjasa kepada bahagian-bahagian berkenaan.

Kalau Mukhriz benar-benar hebat, tentu sekali Mukhriz tidak menggunakan ayahnya yang bukan ahli UMNO untuk menyerang calon-calonn yang lain. Tun tidak perlu bermusuh dengan calon yang menentang anaknya untuk menafikan bahawa kerusi Ketua Pemuda UMNO akan dimiliki oleh Mukhriz yang dikenali sebagai si lembik ini. Tun juga tidak perlu menghancurkan UMNO bagi mencapai niat beliau. UMNO hancur pada pilihan raya yang lalu kerana Tun mahukan Pak Lah mengundurkan diri. Kini UMNO akan hancur lagi kerana Tun mahukan anaknya menajdi Ketua Pemuda UMNO.

Jika Mukhriz memenangi pemilihan Pemuda UMNO ini bererti UMNO akan mempunyai Ketua Pemuda UMNO yang paling lemah sekali. Calon yang paling lemah dan yang langsung tidak berkaliber telah memenangi pemilihan ini. Calon yang lembik telah menjadi Ketua Pemuda UMNO. Sebenarnya , pertandingan ini adalah di antara Khairy Jamaluddin dan Khir Toyo saja. Mukhriz telah ditelan arus dan populariti beliau kurang bukan kerana siapa tetapi kerana kesilapan dan kelemahan diri beliau sendiri. Pemuda bukannya bodoh, mereka telah nampak dengan matanya bagaimana yang menonjol kehadapan adalah Khairy Jamaluddin dan Khir Toyo. Mereka seakan-akan bertanya mana Mukhriz kerana yang mereka nampak ialah Tun Mahathir sahaja. Apakah Tun Mahathir yang akan bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO?

Sebenarnya belum terlewat bagi Mukhriz mahu tunjukan bahawa beliau juga ada ketrampilan dan kekuatan, kerana apa yang dilihat oleh pemuda sekarang adalah bayangan Mahathir yang membayang Mukhriz. Mukhriz perlu keluar dari bayanagan Tun Mahathir kerana hanya Mukhriz sahaja yang masih menyusu dan dibuai oleh ayahnya dalam gelanggang pemilihan Ketua Pemuda UMNO.

Oleh Tepak Bersulam
Dipetik dari www.tepakbersulam.com

Monday, February 16, 2009

UMNO TAKUT HUDUD?

1) Hudud sejak kebelakangan ini tiba-tiba menjadi popular pula.
namun sehinga ke hari ini hanya PAS sahaja yang melaungkan akan melaksanakan Hukum Hudud dengan alasan ia merupakan perintah Allah dan dinyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran.
menurut semua pandangan ulama, memang Hukum Hudud ini adalah suatu kewajipan yang perlu di laksanakan oleh semua orang Islam.

2) PAS seolah-olah mengaut keuntungan besar dengan menjual agenda Hudud ini. sasaran utama yang amat kuat termakan dengan modal Hudud PAS ialah orang Melayu yang masih kuat dengan fahaman agama.

3) Berdasarkan kepada pengalaman saya memang agak sukar untuk berdebat mengenai isu Hudud ini. namun sampai sekarang tiada seorang pun dari kalangan Pemimpin Umno yang bersuara akan melaksanakan Hukum Hudud.kenapa?

4) Sekiranya Umno menggunakan pendekatan PAS dan berjanji akan melaksanakan Hukum Hudud saya pasti orang-orang Melayu akan kembali memberikan sokongan kepada Umno

5) walaubagaimanapun segala-galanya tetap bergantung kepada pemimpin-pemimpin Umno kita..

6) Apakah kita takut kepada Hudud, jika ya , kenapa.. apakah kita akan kerugian sekiranya Kita melaksanakan Hudud...

Kasihan Mukhriz

Kasihan Mukhriz terpaksa guna isu lama pelawa PAS gabung tenaga dengan UMNO

February 16, 2009 by admin

Ramai betul yang kasihan dengan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yang menampilkan suaranya pelawa PAS berkerjasama dengan UMNO untuk kepentingan Melayu. Ia dianggap pelawaan basi yang sama sekali tidak kena pada masa dan sifat perjuangan parti masing-masing.

Ramai yang tahu perjuangan PAS adalah semata-mata memperjuangkan Islam yang dicampuradukkan dengan politik. Ia juga satu perjuangan yang memperalatkan agama untuk mendapatkan kuasa politik. Ia amat berbeza di mana UMNO menjadikan agama sebagai pengisian perjuangannya.

Agama boleh menjadi teras perjuangan politik tetapi tidak kepada mempolitikkan agama. Kerana itu pembawakan PAS tidak mudah diterima secara meyeluruh walaupun dari kalangan orang Melayu.

Ia bagaikan mustahil pada ketika ini sehingga pemimpin PAS benar-benar sedar suatu hari nanti untuk menerima hakikat politik itu adalah politik untuk memperjuangkan satu corak mentadbir pemerintahan yang lebih terbuka sesuai dengan penduduk berbilang kaum di negara ini.

Kalau itu pun Mukhriz tidak faham lagi dan mengambil kesempatan pada ketika ini untuk mempelawa PAS berjuang untuk kepentingan agama, bangsa dan negara secara adil, di mana karisma dia dengan perjuangan UMNO hari ini?

Untuk makluman YB, sebelum ini UMNO pernah cuba dan berjaya membawa PAS ke dalam BN dan ternyata akhirnya PAS keluar juga kerana mereka tetap merasakan mereka boleh berdikari tanpa bergantung pada parti Melayu lain..

Tetapi akhirnya apa jadi? Tidakkah PAS sekarang ini sudah duduk bersama DAP dan PKR membentuk satu pakatan menentang UMNO bersama parti komponen yang lain dalam BN yang sentiasa liberal dalam perjuangan dan pemerintahannya?

PAS tidak berasa jijikkah dengan Penasihat PKR yang penuh dengan skandel seks luar tabienya, rasuah besarnya semasa memegang jawatan timbalan perdana menteri dulu, pembohongannya yang terus menerus sehingga sekarang?

Tidakkah PAS juga berasa janggal berada dengan DAP yang sekarang ini mendedahkan biadapnya terhadap institusi kesultanan, tidak habis-habis mahu merendah-rendahkan apa juga yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan melalui pencabulan mereka terhadap keluhuran perlembagaan tersebut dengan pelbagai cara?

Untuk kepentingan yang sekadar menumpang kasih dalam pakatan pembangkang itu, sepatutnya mereka tidak perlu dipelawa atau diajak sudah boleh berkerjasama dengan UMNO dalam mempertahankan banyak isu berbangkit hari ini termasuk terjejasnya ketuanan Melayu, soal bahasa, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Daripada pentas ceramah PAS yang tidak habis-habis mencerca, mengumpat, memfitnah dan membuat tohmahan tanpa bukti nyata termasuk pernah mengkafirkan orang UMNO, kita orang Melayu masih tidak sedar lagi arah mana perginya PAS terhadap tanggungjawab orang Melayu yang 100% Islam semuanya.

Kalau dengan mempelawa PAS berkerjasama dengan UMNO, Mukhriz ingat mahu jadi jaguh yang barang tentu tidak akan mendapat layanan dari kalangan ahli PAS mahupun mendapat pujian dari orang UMNO, sepatutnya Mukhriz sudah boleh mengukur sendiri tahap dirinya apakah dia layak menjadi pemimpin besar suatu hari nanti.

Sebenar-benarnya sebagai menghormati pandangan orang-orang lama UMNO, Mukhriz kena lebih banyak belajar ilmu percambahan fikiran perubahan jiwa dan perasaan orang Melayu hari ini yang sudah berkehendakkan sesuatu yang lojik, konkrit dan bernas walaupun hanya untuk mencari sedikit penonjolan diri menjadi pemimpin muda supaya lebih berkelibar dalam kalangan orang Melayu sendiri.

Adalah lebih baik kerja Mukhriz hari ini ditumpukan kepada mendapatkan ahli PAS secara individu seorang demi seorang menerangkan kepada mereka bagaimana Melayu boleh bersatu sehati sejiwa dalam perjuangan UMNO yang tumpuannya kepada orang Melayu serta memahami gabungannya dengan parti-parti komponen dalam BN untuk kepentingan masa depan seluruh rakyat.

Sambil itu, carilah peluang mendekati Melayu yang sudah tersasar yang ingin kembali ke pangkuan UMNO dalam DAP mahupun PKR tetapi malu mahu datang sendiri menyerah diri. Sebagai ahli dan exco pemuda, tidak salah minta nasihat dari pemimpinnya seperti naib ketuanya Khairy Jamaluddin atau ketuanya, Datuk Seri Hishamuddin apa patut beliau kerjakan untuk parti.

Mukhriz tidak boleh bersendirian dalam membangkitkan sesuatu isu tanpa membuat sebarang percambahan fikiran dengan orang-orang yang lebih kanan darinya dalam satu pergerakan kerana setiap buah fikiran bakal menjadi pemimpin akan diukur orang ramai dari luar rengkung parti dan sayap-sayapnya.

TINGKAT EMPAT

| | Comments (24) | TrackBacks (0)
1. Terdapat kegelisahan di Tingkat Empat. Selama lima tahun lebih, Tingkat Empat kadang-kadang lebih berkuasa daripada Kabinet atau Majlis Tertinggi UMNO. Mereka dapat tentukan dasar dan tindakan Kerajaan. Menteri-menteri kerap meminta pertolongan mereka dan pegawai tinggi Kerajaan merujuk kepada mereka sebelum membuat keputusan. Kontraktor melobi dengan mereka untuk mendapat kontrak dan pelabur juga mengguna khidmat mereka untuk mendapat kelulusan.

2. Dalam semua ini terdapat banyak peluang untuk memperkayakan diri.

3. Sesungguhnya tidak ada yang lebih memuaskan nafsu daripada kuasa tanpa tanggungjawab.

4. Malangnya, jika benarlah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan pada bulan Mac maka segala-gala kuasa ini akan hilang. Ini adalah satu malapetaka bagi Tingkat Empat. Apakah nasib mereka selepas Mac? Apakah mereka akan berdiam diri dan membenar malapetaka ini timpa mereka dengan begitu sahaja? Tidak adakah sesuatu yang boleh dilakukan oleh mereka untuk menangkis musibah ini?

5. Seperti biasa, terdapat banyak berita angin akan perancangan mereka. Jika boleh, mereka akan halang peralihan kuasa, sekurang-kurangnya buat sekian lama.

6. Kata berita angin mereka sedang menasihat Dato Seri Abdullah supaya tidak letak jawatan apabila sahaja Dato Seri Najib Razak jadi Presiden parti. Kata mereka tidak semestinya Presiden parti jadi Perdana Menteri. Ini bukan syarat dalam perlembagaan negara. Ia hanya amalan parti tanpa peruntukan tertulis. Yang menentu segala-galanya ialah Perdana Menteri. Jikalau Perdana Menteri tidak letak jawatan itu haknya, sepertimana memilih menteri atau timbalan perdana menteri adalah haknya. Biasa terjadi yang dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri bukan Timbalan Presiden UMNO.

7. Apakah Najib akan memberontak? Tidak. Jika ia ternampak akan memberontak ada cara untuk melawannya. Jika dapat dicetuskan keadaan tertentu, seperti rusuhan atau huru-hara, ini boleh dijadikan alasan untuk Dato Seri Abdullah tidak letak jawatan. Ramai ahli UMNO dan ahli Majlis Tertinggi pasti akan sokong Dato Seri Abdullah. Mereka semua terhutang bukan sahaja budi kepadanya.

8. Mungkin ada antara ahli UMNO yang menentang kuat dan bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam parti atau dalam Parlimen. UMNO boleh ditangani melalui cara biasa. Jika terpaksa hilang berjuta pun tak mengapa kerana kuasa Tingkat Empat boleh menampung dengan punca-punca yang sudah ada. Apa gunanya wang jika kuasa untuk mendapatnya sudah hilang?

9. Jika ahli Parlimen pula bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam Parlimen, ini tidak mungkin berjaya. Sebahagian daripada ahli Parlimen BN mungkin tidak akan sokong tindakan ini. Ahli parti lawan memang hendak Dato Seri Abdullah terus jadi Perdana Menteri. Mereka telah pun menyatakan sokongan mereka. Hadi Awang, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim telah menyatakannya secara terbuka.

10. Dengan sokongan ahli parti lawan kepada Dato Seri Abdullah, sukar bagi BN mendapat cukup bilangan untuk meluluskan undi tidak percaya.

11. Jika undi tidak percaya dalam Parlimen tidak berjaya, Abdullah akan jadi PM yang amat lemah, kerana memerlukan sokongan parti lawan untuk meluluskan sebarang undang-undang yang dibawa ke dewan rakyat.

12. Kita sudah lihat bagaimana kelemahan Kerajaan pimpinan Abdullah telah memberanikan semua pihak untuk membangkitkan berbagai kontroversi yang mengugat kestabilan Negara. Keadaan Negara akan hampir kepada tahap tidak ada Kerajaan dan tidak ada undang-undang apabila Kerajaan Abdullah menjadi lebih lemah.

13. Di masa yang sama Negara akan hadapi krisis kewangan dan ekonomi yang lebih teruk dari 1997-1998. Pentadbiran yang lemah tidak mungkin tangani kemerosotan ekonomi yang jauh lebih teruk dari 1997-98. Rakyat akan menderita kerana peningkatan pengangguran dan bankrap. Jenayah akan bertambah dan keselamatan negara akan tergugat.

14. Bagi Tingkat Empat huru-hara dalam Negara tidak mengapa asalkan mereka dapat kekal sebagai kuasa dibelakang Perdana Menteri.

15. Mungkin cerita-cerita berkenaan usaha Tingkat Empat untuk mengekalkan Abdullah sebagai Perdana Menteri selepas Najib jadi Presiden UMNO hanya rekaan orang-orang tertentu, wallahuwaalam. Demikian jugalah dengan Labu. Si-Luncai pun terjun dengan segala-galanya.

SELAMATKAN UMNO

UMNO

United Malay nation organisation

selamatkah umno sekarang, pelbagai cadangan telah di lontarkan sama ada daripada veteran umno dan juga golongan muda dalam umno..
namun setakat hari ini tiada usha yang bersungguh-sungguh demi menyelamat umno..

cuma saya nak melontarkan beberapa persoalan untuk kita sama-sama fikirkan

a) Apa akan terjadi kepada Umno dalam 10 Tahun akan datang.

b) Mampukah umno memulihkan imejnya yang teruk sekarang nie

c) siapakah yang mampu menyelesaikan masalah rasuah dalam umno sekarang

d) mampukah Umno melahirkan petugas-petugasnya yang benar-benar ikhlas untuk memperjuangkan Umno tanpa mengira habuan dan ganjaran


fikir-fikir kan lah
buat kata Nabil raja lawak,, lu Fikir lah Sendiri